Make your own free website on Tripod.com

SENI TONGKAT SETIABAKTI

Home | Pusat | Guru Utama | Lokasi Kami | Hubungi Kami
lencana.jpg

Selamat datang ke web site Seni Tongkat Setiabakti cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
 
Salam silatur rahim kepada anda semua. Semoga web site ini dapat memberi pengetahuan berguna kepada anda semua, Insya Allah.

Seni Tongkat Setiabakti adalah salah satu cabang dari keilmuan di dalam Seni Silat Setiabakti. Walau pun ia adalah sebahagian daripada Seni Silat Setiabakti, Seni Tongkat Setiabakti boleh berdiri dengan sendirinya - bermaksud, walau pun seseorang itu tidak mendalami silibus lain di dalam Seni Silat Setiabakti, beliau masih boleh mempelajari Seni Tongkat ini.
 
Selain daripada itu, Seni Tongkat Setiabakti ini dibuka kepada semua pengamal daripada apa-apa perguruan sama ada silat atau bukan silat.
 
Seni Tongkat Setiabakti terhasil daripada ilham guru utama Seni Silat Setiabakti - Guru Dahlan Karim - dan permainan di dalam Seni Tongkat Setiabakti ini adalah ringkas, cepat dan mudah, Insya Allah.

Guru Utama Seni Silat Setiabakti, Guru Dahlan Karim.

dahlan2.jpg

Rizal Bin Haji Nawi
Gelanggang Seni Tongkat Setiabakti
Cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan
 
No 116, Jalan Sri Impiana, Taman Bukit Pilah Perdana,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Malaysia Barat
 
hp: 012 722 5306
 
 
 
BIODATA JURULATIH CAWANGAN KUALA PILAH
 
Rizal Bin Haji Nawi sekarang bekerja sebagai seorang pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Beliau adalah lulusan tahun 1996 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi di dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Mula mengajar di sekolah kerajaan semenjak tahun 1998 dan mula bertugas di KMNS semenjak bulan September 2004. Beliau berminat di dalam pengajian dan pengkajian seni beladiri - silat dan bukan silat - dan juga falsafah yang terdapat di dalam beladiri-beladiri di Malaysia. Beliau berpegang kepada prinsip setiap beladiri - sama ada silat atau bukan silat - mempunyai kelebihan masing-masing.
 
Absorb what is useful.

nawirizal@yahoo.com

Lawati link kami: http://alhijamah.tripod.com/

Seni Tongkat Setiabakti Cawangan Kuala Pilah